Monday, April 20, 2009

Wonderpets



Wonder Pets! Wonder Pets! kami datang,
Membantu haiwan yang dalam kesusahan!
Kami tak besar,
Dan kami tak kuat,
Bila Bekerjasama semua jadi mudah.
Yeah, Wonder Pets! Yay!
Apa yang penting??
Kerja~sama~!
Apa yang penting?
Kerja~sama~!



Wednesday, February 25, 2009

Maskot Minyak Belacak


Kalau anda pergi ke pasar malam atau tempat2 jualan jalanan seperti di uptown mane2, pasti mata anda akan tertangkap dengan keletah penjual ubat-ubatan kesihatan seks untuk lelaki. Salah satu produk yang popular ialah minyak belacak yang mampu 'merancak'. Salah seorang pakcik penjual minyak belacak mengeluh tentang jualan produknya yang semakin dingin dan kurang mendapat sambutan. Lantas saya menawarkan diri untuk mencipta satu maskot untuk produk minyak belacak memandangkan maskot merupakan satu daya tarikan bagi apa2 saja produk wa'ima lampin bayi 'pet2' yang mempunyai maskot anak gajah mat pet. Pakcik itu pon setuju lalu saya cadangkan dia maskot 'belacakman' seperti diatas. Dia sangat teruja dengan rekaan maskot saya malah menyuarakan hasrat untuk menerbitkan filem "Belacakman" sebagai rangka promosi untuk minyak belacak beliau. hasrat itu sangat murni tapi diharap pakcik itu tidak melakukan sesuatu yang tidak senonoh seperti menerbitkan filem "Belacakman 18SX". Untuk keterangan lanjut tentang khasiat minyak belacak dan perkembangan terkini tentang filem 'Belacakman' sila lawati : www.belacakmanthemovie.com.my

Friday, February 13, 2009

Hang Buah


Soalan: "Dimanakah letaknya kekuatan Hang Tuah?dikerisnya kah?di tenaganyakah?"
Jawapan: Adapon kekuatan Hang Tuah itu letaknya pada huruf 'T'.kerana jika ditukar huruf 'T' dengan huruf 'B', maka jadilah ia Hang Buah..pernahkah tuan hamba mendengar tentang Hang Buah?Rasionalnya dipilih buah pisang bukan kerana dia seorang lelaki, tetapi kerana pisang merupakan antara juadah tradisi Melayu turun temurun sejak zaman parameswara lagi.memakanya mendapatkan khasiat malah pisang turut menjadi pantang kepada pemakai susuk dan juga pengamal ilmu sihir.Adapon jika memakan terlalu banyak pisang nescaya sembelitlah kamu.

Saturday, January 10, 2009