Wednesday, February 25, 2009

Maskot Minyak Belacak


Kalau anda pergi ke pasar malam atau tempat2 jualan jalanan seperti di uptown mane2, pasti mata anda akan tertangkap dengan keletah penjual ubat-ubatan kesihatan seks untuk lelaki. Salah satu produk yang popular ialah minyak belacak yang mampu 'merancak'. Salah seorang pakcik penjual minyak belacak mengeluh tentang jualan produknya yang semakin dingin dan kurang mendapat sambutan. Lantas saya menawarkan diri untuk mencipta satu maskot untuk produk minyak belacak memandangkan maskot merupakan satu daya tarikan bagi apa2 saja produk wa'ima lampin bayi 'pet2' yang mempunyai maskot anak gajah mat pet. Pakcik itu pon setuju lalu saya cadangkan dia maskot 'belacakman' seperti diatas. Dia sangat teruja dengan rekaan maskot saya malah menyuarakan hasrat untuk menerbitkan filem "Belacakman" sebagai rangka promosi untuk minyak belacak beliau. hasrat itu sangat murni tapi diharap pakcik itu tidak melakukan sesuatu yang tidak senonoh seperti menerbitkan filem "Belacakman 18SX". Untuk keterangan lanjut tentang khasiat minyak belacak dan perkembangan terkini tentang filem 'Belacakman' sila lawati : www.belacakmanthemovie.com.my

9 comments:

Anonymous said...

Aikkk???!!
Dingin dan kurang m'dapat sambutan??!! btul ke ni.... ;-)
setau aku plak, 'market' minyak belacak ni slalu kehabisan stok tau..
hebat sunguh efekmu wahai minyak belacak.. belila yg ori..

luffy29 said...

Aku x heran sgt kalu bisnes dia x laku sbb saingan dia iaitu minyak lintah adalah lebih dipercayai kesan & kemujarabannya...haha
Tapi, incik belacak yg anda lukis tuh mmg sempoi ah...anda mmg berbakat ar,patut dikembangkan bakat tu menjadi seorang kartunis lawak tersohor di Malaysia seperti Petai, Lat, Gayour & Lambok!
Aku Hensem!

Anonymous said...

sukaragaku,

adakah anda pelanggan tetap minyak belacak yang selalu diperkatakan oleh pakcik penjual minyak itu?!!
haha..

teruskan menyokong rajakomik..ngko mmg best sukaragaku.. (",)

Anonymous said...

luffy29,

thanx 4 ur support..teruskan lagi menyapot rajakomik.if ada cadangan atau idea,jgn segan2 gtau k..
anda memang hensem,mungkin satu hari nanti saya akan mengabadikan diri anda sebagai salah satu karya di dalam blog ini..

"sokonglah blog tempatan!!"

Anonymous said...

Hehehe...belacak2...ini satu saranan lah drpd dktr pakar buat lelaki2 yg begitu taksub tapi x taksub sgt dgn belacak nih kan,utk mendapat kekuatan maksima yg di cari bukan drpd minyak belacak...sebaliknya taugeh yg kadang2 kita pndg sebelah mata tuh pun boleh buat kuat tau...haa...aku x tipu,ni fakta serious nih..
n then yg kedua,korang bawak2 lah makan watermelon a.k.a tembikai(lupa plak nih blog tempatan...ngeh2)...ha...lebih berkesan dan mujarab tau utk kekuatan...ermm...aku pun x th nak letak dlm ayat mcm ner...hehe...tp nih fakta,bukan auta...
cuba lah rakan2..mksd aku bukan cuba minyak belacak nih yg ntah2 dah di letak2 kan pewarna ker,msg yg x dibenarkan ker kan,haa...saper yg susah nnt?
KORANG jugak kan?hahaha...
btw,utk pelukis maskot belacak nih,
"perlukan idea lebih bernas lg ker selain drpd belacak nih?"..hehehe...

Anonymous said...

pada pendapat aku sebagai seorang yang mendapat A dalam subjek sains peringkat PMR, kita buat eksperimen. cuba satu-satu. untuk memperoleh keputusan yang lebih tepat, kita ajak kawan-kawan yang lain join.

kepada pelukis, teruskan kerja-kerja seni ini...anda berbakat

'a picture tells a thousand words'

ZuH@iLieY said...

belacak???muahahhahahahaha

Anonymous said...

aku stuju kalu mencuba satu2 bab gini...hahahaha...kontroversi btol lah..

Anonymous said...

aku rasa taugeh dan tembikai x perlu di cuba...mmg makanan sihat yg boleh di mkn tanpa kesan sampingan.btol x En Raja Komik?makan lah makanan yg sihat